Tokoh Nilam Negeri Terengganu (Bahasa Inggeris) 2013




Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada adik Nafiesa Alya bt. Mohd Najib yang telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM Negeri Terengganu 2013 bagi kategori Bahasa Inggeris baru-baru ini. Majlis Anugerah Tokoh NILAM Negeri Terengganu telah berlangsung di Prinzpark Hotel, Kuala Ibai. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Encik Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah mewakili Pengarah Pelajaran Terengganu.Adik Nafiesa akan mewakili Negeri Terengganu  ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada April ini. Warga SK Sultan Ismail akan sentiasa mendoakan kejayaan anda ke peringkat yang lebih tinggi.


(Sumber Foto: http://btpntrg.net/btpntweb/)